KURSUS EDUWEB TV

Kursus Eduweb TV diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu pada 10 hingga 13 Januari 2011. Dihadiri oleh 15 orang Pegawai Teknologi Pendidikan dan Juruteknik BTPN dan PKG. Menggabungkan 45 peserta dari 3 negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Bengkel Pengisisan SSQS

Alhamdulillah…bengkel pengisian SSQS telah dilaksanakan pada 19 Julai 2010. Tujuan bengkel SSQS adalah untuk memberi kefahaman kepada guru untuk melaksanakanĀ  SSQS dengan baik. Taklimat bengkel SSQS oleh PTP 2 En. Zaid Bin Darsin. Melalaui bengkel ini juga guru dapat mengemukakan soalan yang berkaitan.

KENALI KAMI

Pusat Kegiatan Guru Chabang Empat terletak di SK Chabang Empat, Tumpat, Kelantan. PKG Chabang Empat merupakan salah satu dari 27 PKG di seluruh Negeri Kelantan. Jarak PKG Chabang Empat ke BTPN Kelantan ialah 29 kilometer. Sebagai sebuah institusi yang melaksanakan tanggungjawab ‘Teknologi Untuk Pendidikan Bestari’, PKG Chabang Empat memainkan peranan penting dalam memartabatkan pusat sumber sekolah, makmal komputer dan pusat akses di sekolah-sekolah kelompok. Sekolah-sekolah kelompok bawah PKG Chabang Empat ialah :

1. SMK Chabang Empat

2. SMK Wakaf Bharu

3. SMK Berangan

4. SK Chabang Empat

5. SK Bunohan

6. SK Simpangan

7. SK Bendang Pa’Yong

8. SK Telok Jering

9. SK Padang Mandol

10. SK Kubang Batang

11. SK Kampong Delima

12. SK Chenderong Batu

13. SK Wakaf Bharu

14. SK Seri Wakaf Bharu

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.